Saturday 26 November 2011

scientific name...

Minggu pertama aku di UiTM Kuala Pilah..kuliah tak mula lagi..banyak kelas yang aku masuk takda lecturer..tapi ada satu kelas nie..minggu pertama je dah start kuliah..dia memang straight gila..tapi kenkadang ada lawak nya..dia adalah Pensyarah Perladangan aku..Miss Adib Nafisah Binti Jamiran..semester lepas dia ajar aku Plants Science..semester nie aku jumpa dia lagi..dia ajar aku Landscape Plants pulak..wahh best kelas dengan dia..minggu pertama je dah suruh menghafal 77 nama saintifik tumbuhan landskap..

Ini senarai nama saintifik yang perlu dihafal:


      UNIVERSALITY OF BOTANICAL NAMES                

  1. Acacia auriculaeformis - Yellow acasia
  2. Acacia mangium - Broad leaf acasia
  3. Acacia richii - Ricci acasia
  4. Adenanthera pavonina - Saga
  5. Albizia moluccana - Batai
  6. Alstonia angustiloba - Pulai
  7. Barringtonia asiatica - Putat kaut
  8. Bauhinia purpurea - Purple bauhinia
  9. Calisstemon viminalis - Bottle brush
  10. Calophyllum inophyllum - Penaga laut, Bintagor laut
  11. Cananga odorata - Kenanga
  12. Cassia fistula - Cassia sena
  13. Cassia siamea - Johor cassia
  14. Cinnamomum inners - Cinnamon, Medang
  15. Cinnamomum zeylanicum - Cinnamom, Teja
  16. Delonix regia - Semarak api
  17. Eucalyptus deglupta - Eucalyptus
  18. Euginia grandis - Jambu laut
  19. Fagrea fragrans - Tembusu
  20. Ficus auriculata - Ara jambu
  21. Ficus benjamina - Ara beringin
  22. Ficus microcarpa - Bayan jejawi
  23. Fillicium decipiens - Fillisium
  24. Gardenia carinata - Cempaka
  25. Hibiscus tiliaceus - Baru-baru
  26. Hydnocarpus anthelmintica - Hydnocarpus
  27. Jacaranda filicifolia - Jacaranda
  28. Lagerstroemia speciosa - Bungor raya
  29. Melia indica - Mambu, sadu
  30. Mesua ferrea - Penaga lilin
  31. Milletia atropurpurea - Tulang daing
  32. Mimusops elengi - Bunga tanjung
  33. Peltophorum pterocarpum - Batai laut
  34. Planchonella obovata - Nyatoh menasi
  35. Podocarpus rumphii - Jati laut
  36. Polyathia longifolia - Mempisang
  37. Polyathia longifolia var. pendula - Asoka
  38. Pometia pinnata - Kasai
  39. Pongamia pinnata - Mempari
  40. Pterocarpus indicus - Angsana, sena
  41. Samanea saman - Rain tree
  42. Saraca thaipingensis - Gapis
  43. Sterculia foetida - Kelumpang
  44. Swietenia macrophylla - Mahagoni
  45. Tectonia grandis - Jati
  46. Terminalia catappa - Ketapang


           SHRUBS TREES

  1. Acacia hispida - Cat tail
  2. Acacia wilkesiana - Yellow acalypha
  3. Aglaia odorata - Telur belangkas
  4. Bixa orellana - Inai keling
  5. Bougainvillea sp - Bougainvillea
  6. Bauhinia acuminata - Tapak kuda
  7. Brunfelsia americana - Yellow brunfelsia
  8. Brunfelsia pauciflora - Blue brunfelsia
  9. Caesalpinia pulcherima - Bunga merak
  10. Caliandra inaequilatera - Caliandra
  11. Cassia biflora - Cassia
  12. Cestrum noctumum - Santalia 
  13. Codiaeum variegatum - Pudding, codiaeum
  14. Duranta repens - Duranta
  15. Euphorbia pulcherima - Poinsettia
  16. Excoecaria cochinchinensis - Red excoecaria
  17. Gardenia jasminoides - Bunga cina
  18. Hibiscus rosa sinensis - Hibiscus
  19. Hydrangea macrophylla - Hydrangea
  20. Ixora javanica - Siantan, Ixora
  21. Langerstroemia indica - Bungor inai
  22. Magnolia coco - Magnolia telor
  23. Malvaviscus arboreus - Sparkle flower
  24. Murraya exotica - Kemuning
  25. Mussaenda sp - Janda kaya
  26. Nerium oleander - Oleander
  27. Phyllanthus pulcher - Naga buana
  28. Randia macranta - White randia
  29. Sambucus javanica - Kerak nasi
  30. Stenolobium stans - Yellow tekoma
  31. Tabemaemontana coronaria - Tekomaria, susun kelapa

Wednesday 16 November 2011

semester kedua...

mulai 21 November 2011 aku dah menjadi pelajar part 2 Diploma in Planting Industry Management di UiTM Kuala Pilah..alhamdulilah aku dapat meneruskan lagi pengajian aku ke semester dua..walaupun ada juga kawan2 ku yang tewas pada semester pertama..aku doakan korang berjaya di luar sana..

entri kali nie aku nak cerita tentang subjek yang aku amik pada semester dua nie..boleh tahan la subjek untuk semester dua nie..banyak menghafal daripada semester sebelum nie..tambahan plak ada dua subjek kena hafal nama saintifik yang semestinya berbelit lidah nak sebut..sebut pun nak terbelit..apatah lagi nak hafal kan?haha..insyallah aku boleh hafal kesemua nya..

subjek yang aku amik untuk semester dua nie ialah:


  1. AGR 112- BASIC LANDSCAPE PLANTS-(belajar dan hafal nama saintifik tumbuhan landskap)
  2. AGR 154- PLANT PATHOLOGY-(belajar dan hafal nama saintifik penyakit tumbuhan)
  3. AGR 260- FIELD PRACTICAL 2-(praktikal menanam dan menghias landskap di UiTM)
  4. BEL 260- INTERMEDIATE ENGLISH-(bahasa inggeris perantaraan)
  5. CSC 134- COMPUTER AND INFORMATION PROCESSING-(belajar tentang perisian komputer)
  6. CTU 151- ISLAMIC THOUGHT AND CIVILIZATION-(belajar tentang sejarah Islam)
  7. HSK 115- VOLLEY BALL-(kokurikulum la..cepat2 aku nak tampar bola..haha)

insyallah semester dua nie aku belajar lagi rajin dan bersemangat..target aku untuk semester dua nie adalah nak dapat ANUGERAH DEKAN!!

packing....

Assalammualaikum dan salam ukhuwah..dah lama aku tak cot cet cot cet kat blog aku nie..takda citer nak tulis..so sunyi jela blog aku nie..hehe..tapi hari nie aku nak citer pasal aku nak packing barang2 aku..barang apa?barang aku nak balik ke rumah kedua aku la di Kuala Pilah..jumaat nie aku nak balik dah..rasa sekejap je nak balik..dah sebulan lebih duduk kat rumah..pejam celik pejam celik dah masuk sem kedua aku di UiTM Kuala Pilah..alhamdulilah aku dapat jumpa lagi kawan2 seperjuangan aku lagi pada sem dua nie..rindu kot nak jumpa dorang..

Sem dua nie aku duduk rumah sewa..tak duduk kolej lagi dah..banyak sikit la barang nak bawak..nak bawak periuk belanga..pinggan mangkuk..sudu garpu..pisau gergaji..haha..nak basuh baju, seluar, seluar kecik, kain pelekat, baju solat, baju melayu, kemeja, seluar slack..wah kalau boleh semua nak bawak nie..yela nak duduk lama nie..tapi aku bawak yang penting2 jela..baju pun takda la banyak sangat..yang penting bawak hati nie..tak boleh tinggal..hahaha..

Ok aku nak pegi kemas2 nie..packing2 semua barang..beg aku pun ntah kemana..ntah dah berabuk kot..takpa..jap lagi aku cari..aku vakuum je..haha..

Nanti aku citer pasal rumah sewa aku plak..aku masuk kan gambar sekali ea..

Friday 11 November 2011

lawak nama jepun..

Assalammualaikum dan salam ukhuwah..entri kali nie aku nak berkongsi dengan korang nama Jepun yang lawak..nama nie berkaitan dengan sifat nya..lawak lawak lawak..haha










p/s : Nama Islam lagi indah kan?takda nama yang paling indah selain nama Islam..:)

Thursday 10 November 2011

peluang pekerjaan...

 Aku nak cerita sikit tentang peluang pekerjaan aku dalam bidang perladangan dan pertanian nie..yela masing-masing sambung belajar kat Universiti mesti selepas tamat pengajian nak cari kerja kan..nak cari duit sendiri..macam-macam nak guna duit tu kan.

aku nak berkongsi dengan korang..syarikat, jabatan, agensi dan lain-lain lagi yang boleh aku 'apply' kerja dengan bidang aku ceburi sekarang nie..aku akan 'list' kan dan cerita sedikit tentang di mana aku kan berkerja nanti..

Syarikat perladangan yang termuka di Malaysia

                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sime Darby Plantation
 Genting Plantation



 Kulim Plantation


Nie antara syarikat perladangan di Malaysia..kalau kerja kat sini..jawatan nya mesti la Pengurus Ladang Estet..kerja kat sini penat sikit la..walaupun nama nya pengurus..kerja pengurus ladang nie kena uruskan semua urusan ladang..contohnya company bagi tanah seluas 1000 hektar..sukahati la nak buat apa..nak tanam apa..macam mana nak tanam..macam mana nak kawal serangga perosak..macam mana nak kawal pekerja-pekerja bawahan..hanya 20% jela duduk office..tu pun buat laporan dan bagi gaji buruh-buruh ladang..lagi 80% kerja di ladang..kawal ladang..tengok anak buah..tapi kalau kerja dengan syarikat nie..dapat satu rumah banglo dalam ladang kelapa sawit..taK pyh bayar pape..dapat elaun banyak..duit minyak company support..bonus kenkadang 8-12 bulan gaji..yang 12 bulan bonus tu yang kerja bagus la..kerja penat tapi setimpal la dengan balasan nya kan..nak tau gaji kalau kerja kat syarikat nie berapa?mula-mula kerja dah dapat RM 5,000..dah lama sikit kerja RM 10,000-12,000 sebulan..lepas tu dapat bonus lagi..bonus setengah gaji..kalau gaji RM 10,000 makna nya bonus RM 5,000..kalau dapat bonus 12 bulan..hah kali la berapa setahun dapat..tapi satu jela..gaji besar..tapi duduk dalam ladang..takda la shopping mall..wayang..bowling ke apa..kalau nak pegi pun jauh la..bagi aku takda masalah la kerja dalam ladang nie jika masih bujang..kalau dah kawin maybe cari kerja lain kot..tak sanggup istri digigit nyamuk..hahaha






Badan Berkanun di Malaysia










 RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority)

 Lembaga Getah Malaysia
MADA (Muda Agricultural Development Authority



Kemubu Agricultural Development Authority
Malaysian Pineapple Industry Board




Malaysian Palm Oil Board

 MARDI (Malaysian Agricultural Research And Development Institute)


 FAMA (Federal Agriculture Marketing Authority)

             FELDA (Federal Land Development Authority)





 Lembaga Pertubuhan Peladang



Agensi Kerajaan:


Senarai kat atas nie adalah senarai agensi badan berkanun dan hanya Jabatan Pertanian agensi kerajaan di Malaysia..kerja nya takda la penat sangat seperti syarikat perladangan di atas tadi tu..kerja nya dalam office dan buat laporan tahunan serta hadiri mesyuarat dan majlis-majlis tertentu berkaitan pertanian..ok..kalau korang nak tau..jawatan apa yang boleh dijawat oleh agensi nie adalah semestinya kalau ada degree jawantanya Pegawai Pertanian G41..gaji nya dalam linkungan RM 4,000 sebulan..apsal gaji rendah sikit dari syarikat perladangan di atas tadi?sebab kerja ringan sikit..tak penat sangat..memang la rendah sikit..mana ada company nak bagi gaji besar kalau kerja mudah kan?kalau kerja di agensi nie boleh la relax sikit..takdala penat sangat..sabtu ahad cuti boleh relax kat rumah..






tapi.....


aku kalau boleh aku nak belajar sampai Master In Plantation and Management di UPM atau di UiTM Shah Alam..aku nak jadi Pensyarah Perladangan/Pertanian..hee..best mengajar orang nie..mengajar dengan penuh kasih sayang..baru la anak-anak murid suka..hehe..




apa-apa kerja pun aku tak kisah..janji ada masa untuk keluarga aku nanti.cewahh..jauh betul fikir..yela..kita kena fikirkan itu semua kan..ada masa untuk istri dan anak-anak..baru la boleh melahirkan institusi keluarga yang mantap dan bahagia kan?hehe



SEKIAN AKHIR KATA DARI PENUNTUT DALAM BIDANG PERTANIAN DAN PERLADANGAN :)


MAJULAH PERTANIAN DI SEANTERO DUNIA!


PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN!

































Tuesday 8 November 2011

kartuunn...

Assalammualaikum..hai bertemu kita kembali..hehe..hari aku nak cerita pasal kartunn..ehh macam budak-budak je aku nie kan cerita pasal kartuun..muka dah macam abang-abang..misai dah tumbuh..janggut dah tumbuh..tapi tengok kartuunn..eeee memang macam budak sekolah tadika..haha..aku tengok je macam nie..tapi aku nie minat jugak la tengok kartunn nie..yela boring2 baik layan kartunn la daripada budak perempuan zaman sekarang nie layan movie korea dan jepun..bukan nak tengok cerita tu..nak tengok pakwe handsome dorang dalam tu..haha..

ok dah2..nie dia cerita yang paling aku suka tengok..
One Piece

cerita nie memang best wow..certita nie pasal sekumpulan lanun berlayar ke serata dunia menaiki kapal dorang..dorang nak pegi satu pulau nie yang dipanggil 'grand line' untuk mencari harta karun kepunyaan 'Pirate King Gold Roger"..sebelum dia dibunuh dia sempat menyorok harta karun 'one piece' yang dimiliki nya di sebuah pulau..kat pulau tu banyak gila harta..tapi menurut lanun-lanun siapa yang pegi kat pulau tu tak dapat balik semula..pulau tu kubur segala lanun..banyak la dugaan dan cabaran dorang nak pegi ke pulau tu..macam-macam hal dorang buat..bergaduh sesama lanun..untuk menjadi lanun yang terhebat..Luffy telah berlayar berseorangan..tapi dalam masa belayar tu dia telah mencari dan mengumpulkan sahabat yang nak menjadi ahli kumpulan lanun nya untuk mencari harta karun tu dan merebut kembali takhta Raja Lanun. Cerita nie berepisod..tak silap aku sampai 251 episod..memang puas la kan tengok..hehe

Nie antara watak utama dalam cerita nie:

 Monkey D Luffy

Dia nie luffy..aku paling suka dia nie la..sebab apa aku suka.?dia nie kalau gaduh tak pernah kalah..aku ulangi tak pernah kalah!..haha..sebab apa dia tak pernah kalah?sebab dia nie budak getah..tangan dia boleh panjang..kaki boleh panjang..kepala boleh panjang..korang try amik getah..pastu korang tarik getah tu..hah macam tula dia nie..dia paling hebat la..dia nie ketua lanun dalam group dia la..

hah kau tengok..betapa getah nya budak nie..haha
 Nami

Dia nie nami..hanya dia sorang je perempuan  dalam group lanun nie..kiranya dia nie sekuntum bunga la..takda bunga tak ceria la kan hidup..haha..dia nie penunjuk arah ke pulau grand line tu..takda dia tak jumpa la jalan nak pegi pulau tu..dia nie gila harta..pantang jumpa harta..bila jumpa je harta terus jadi harta dia..tak fikir kan kawan..gila betul perempuan nie..haha




Roronoa zoro

Dia nie Roronoa zoro..dia nie hebat betul main pedang..tengok tu pedang sampai tiga..tamak betul..haha..satu pedang kat tangan kanan..satu pedang kat tangan kiri..satu pedang kat mulut..kat mulut tu nak buat apa?nak makan ke?haha..dia nie kalau guna 2 pedang je konpem tak dapat kalah kan lawan dia..tak cukup power..tapi kalau guna 3 pedang sekali gus..hah amik kau..macam daging korban dia cincang..haha




Usopp


Dia nie bukan usopp sontorian ea..haha..dia  nie Usopp..ketua lanun kepada  kumpulan lanun Usopp..tapi kumpulan tu dah dibubarkan dek kerana dia sertai kumpulan lanun Luffy budak getah tu..dia nie hebat main lastik..tengok muka dia tu..bersungguh2 nak lastik..jaga2 dia lastik tepat tau..pat pat siku lipat aku lastik pasti tepat..haha..tapi hidung dia pelik sikit la..panjang macam pinokio..hehe







Sanji

Dia nie sanji..dia nie pun ada kelebihan kaki panjang macam Luffy tu..dia nie badan bergetah jugak la..tapi kaki dia je boleh dipanjangkan..hebat lagi Luffy kn?haha..dia nie chef kat kapal tentera laut..pandai masak macam aku jugak..hehe..tapi dia nie hisap rokok..tak macam aku..hehe



Nie la antara watak dalam cerita One Piece nie..

Okay la..aku rasa sampai disini saje la aku cerita pasal entry hari nie..cerita pasal kartun..hehe..siapa yg nk tengok cerita nie sila kan la..bagi yg minat kartun la..ada lagi satu cerita yg aku minat..cerita Dragon Ball..hehe..maybe lain kali aku akan cerita..cukup la untuk entry kali nie aku cerita serba sedikit tentang cerita dan watak dalam cerita One Piece nie..


budak baru belajar...

Assalammualaikum dan salam ukhuwah..hehe..tak tau la tetiba je aku nie ngaga-ngada nak buat blog..macam perempuan je nak buat blog..haha..ingat perempuan je ke ada isi hati?aku pun ada tau..hehe..aku buat nie pun bukan untuk cari popularity pun..aku dah memang popular dah pun..haha..popular ke?popular la sgt kn?ala aku buat nie pun saje je nak mengisi jika ada masa kekosongan..yela aku nie bukan suka berjalan sangat..suka duduk rumah je,,memasak..haha..aku nie budak baru nak mengenal dunia blogging nie..so kalau blog aku tak cantik jangan la gelak,,gelak dalam hati takpa..lagipun aku tak nak pun cantik2 nie..sederhana itu lebih baik..hehe..mesti korang pelik kan..apsal nama blog aku nie ipomea reptans?ok disini aku nak bagitau..ipomea reptans nie nama saintifik sayur bagi sayur Kankung darat,,saje je letak nama nie..aku kan belajar nama-nama tanaman nie..so aku letak la..hehe..

ok la aku rasa sampai disini dulu la ye..nak tulis lagi tapi takut pembaca mengantuk plak membacanya..haha..maklumlah budak baru belajar..insyaallah aku akan update blog aku nie dari semasa ke semasa..ok salam ukhuwah dari budak baru belajar..:)